Practical Student

Sejak tahun 2010, Klinik Haiwan Lynn mula menerima pelajar untuk membuat praktikal atau kini dikenali sebagai Latihan Industri.

Buat masa ini kami menerima pelajar dari Universiti Putra Malaysia yang mengambil jurusan Doktor Perubatan Veterinar (DVM), mereka terdiri daripada pelajar Tahun 1 dan Tahun 4. Ini tidak bermakna kami tidak menerima pelajar dari universiti lain. Mungkin belum ada rezeki. Kami di sini berbesar hati untuk menerima mana-mana pelajar untuk membuat praktikal atau latihan industri bersama kami. Sekiranaya anda berminat boleh hubungi kami di ruang “CONTACT US”.

Selain pelajar praktikal kami juga menerima kunjungan daripada pelajar dari UiTM, yang datang untuk menemu bual Dr Lynn Yamin bagi membantu mereka dalam menyiapkan tugasan/projek mereka.

Walaupun Klinik Haiwan Lynn , merupakan amalan haiwan kesayangan yang sederhana saiznya, dengan kapasiti kurang dari 5 orang  staff, namun pengasas klinik ini Dr Lynn Yamin sentiasa berbesar hati untuk menerima pelajar praktikal. Ini kerana beliau sedar kepentingan latihan industri kepada semua pelajar tidak kira bidang pengajian.  Beliau berpendapat, latihan industri mampu memupuk minat serta memberi pendedahan awal kepada para pelajar terhadap bidang yang bakal mereka ceburi selepas manamatkan pengajian.  Selain itu latihan industri mampu membuka minda pelajar untuk berfikir lebih terbuka tentang peluang pekerjaan yang ada selepas mereka bergraduat.

Terutama bagi pelajar veterinar, mereka mempunyai pelbagai cabang selepas bergraduat dari menjadi seorang tenaga pengajar, penyelidik, farmaseutikal, ataupun menjadi Doktor Veterinar. Pilihan tidak terhenti di situ, masih lagi ada pilihan sama ada ingin menjadi Doktor Veterinar untuk haiwan kesayangan, haiwan eksotik, hidupan liar, hidupan air, unggas ataupun haiwan kecil. Kerana itulah Dr Lynn Yamin akan memastikan pelajar yang menjalani latihan luar kampus di Klinik Haiwan Lynn, di beri pendedahan sewajarnya mengikut peringkat pengajian. Malah Dr Lynn Yamin sendiri mula meminati bidang Amalan Haiwan Kecil (Small Animal Practice) selepas beliau menjalani latihan luar kampus di University Teaching Hospital , UGA ,Georgia.  Sebelum itu beliau berminat untuk menjadi penyelidik bekerja di makmal atau pusat penyelidikan.

Ikuti testimonial daripada pelajar DVM, UPM yang telah menjalani Latihan Industri bersama kami.

Akmal merupakan pelajar DVM 1 semasa beliau menjalani latihan luar kampus di Klinik Haiwan Lynn pada tahun 2011.  Selain latihan praktikal, beliau juga pernah menyertai Klinik Haiwan Lynn  sebagai Team LVC, kira macam “working experience”. Bukan Akmal sahaja malah ada beberapa pelajar lain yang turut menyertai “Team LVC” secara part time.

Diyana atau mesra dengan pangilan “D” menjalani latihan luar kampus di Klinik Haiwan Lynn pada tahun 2011, ketika itu beliau pelajar DVM1. Pada tahun 2014 sekali lagi beliau menjalani latihan luar kampus bersama kami. Ini kerana sebagai pelajar DVM mereka perlu menjalani beberapa jenis dan peringkat praktikal yang berbeza mengikut tahun pengajian.

diyana

Semasa Nasuha menjalani latihan praktikal di Klinik Haiwan Lynn, beliau merupakan pelajar tahun 1 ketika itu. Pelajar DVM tahun 1, biasanya praktikal selama seminggu sahaja, dan latihan praktikal ini lebih kepada untuk mendedahkan kepada mereka realiti amalan veterinar di dalam industri

nasuha

Seperti Nasuha, Ain Fatin juga merupakan pelajar tahun 1 semasa menjalani latihan praktikal di Klinik Haiwan Lynn. Walaupun mereka ni sepatutnya “seeing practice” sahaja, tapi biasanya kami lebih terbuka. Biasanya Dr Lynn akan memastikan mereka menjalani apa yang sepatutnya mereka jalani semasa praktikal dan ditambah dengan kesediaan dan minat pelajar semasa menjalani latihan praktikal.

ain fatin

Semasa entry ini ditulis, Nabila baru lagi menghabiskan latihan praktikal luar kampus di Klinik Haiwan Lynn. Beliau menghabiskan masa 2 minggu bersama kami, ini kerana pelajar Tahun 4 perlu menghabiskan 2 minggu bagi setiap pusingan. Mereka mempunyai beberapa pusingan yang perlu diselesaikan, antaranya haiwan kecil, haiwan besar, ruminan, bukan ruminan, akuatik dan mungkin banyak lagi.

nabila
Di kesempatan ini pihak Klinik Haiwan Lynn, ingin berterima kasih kepada pelajar-pelajar yang telah sudi menjalani latihan luar kampus atau kini dikenali sebagai latihan industri bersama kami.

Sekiranya anda merasakan Klinik Haiwan Lynn sesuai untuk anda menjalani Latihan Industri anda, sila hantarkan permohonan anda ke lynnveterinaryclinic@yahoo.com.my

Sila nyatakan kursus yang anda ambil dan serba sedikit penerangan latihan industri anda.

Penghargaan dari UPM boleh KLIK DISINI

Lebih gambar menarik pelajar praktikal disini

One Response to Practical Student

  1. Wow! In the end I got a website from where I can truly take helpful information concerning my study and knowledge.

Leave a Reply