Sekiranya anda berminat untuk memelihara hidupan liar, anda perlu merujuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) terlebih dahulu untuk mengetahui hal berkaitan keperluan lesen, permit dan permit khas hidupan liar.
Menyimpan atau memelihara hidupan liar tanpa dokumen yang sah anda boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Anda adalah dinasihatkan untuk HANYA membeli hidupan liar dari penjual atau pembekal yang sah dan berlesen sahaja. Ini bagi mengelakkan kegiatan pemburuan / penangkapan hidupan liar secara haram yang mengakibatkan kepupusan hidupan liar terbabit.
Berikut adalah Senarai Petshop Berdaftar dengan Jabatan Perhilitan di Negeri Selangor.
Langkah-langkah untuk mendapatkan lesen menyimpan Hidupan Liar.
- Langkah pertama
- Sekiranya anda memburu atau mengambil hidupan liar dari habitat asal, anda perlulah mendapatkan LESEN MEMBURU / MENGAMBIL terlebih dahulu
- Sekiranya anda membeli dari petshop, pastikan anda mempunyai RESIT yang sah, dan pastikan anda membeli dari penjual yang berlesen dan berdaftar dengan Jabatan PERHILITAN
- Langkah kedua : Penandaan
- Penandaan hanya boleh dilakukan oleh PANEL PENANDAAN yang telah dilantik oleh Jabatan Perhilitan Negeri masing-masing.
- Microchip dan gelang yang dikeluarkan oleh PANEL PENANDAAN sahaja yang diterima pakai oleh Jabatan PERHILITAN.
- Panel Penandaan akan mengeluarkan sijil dan mengesahkan bahawa penandaan telah dijalankan.
- Langkah ketiga
- Permohonan lesen dilakukan di Jabatan Perhilitan Selangor
- Sila bawa sijil pengesahan penandaan.
Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor,
Jalan Lanar 8/15, Seksyen 8,
40000, Shah Alam, Selangor.
Pada tahun 2015 Klinik Haiwan Lynn / Lynn Veterinary Clinic telah dilantik sebagai Panel Penandaan Hidupan Liar.
Sejak itu pihak Klinik Haiwan Lynn menerima kunjungan pelbagai jenis Hidupan Liar untuk ditandakan bagi tujuan perlesenan.
Selain penandaan pemeriksaan kesihatan asas juga dilakukan terhadap hidupan liar yang tersebut.
Prosedur penandaan hidupan liar di Klinik Haiwan Lynn
- Pemilik hidupan liar datang ke Klinik Haiwan Lynn bersama-sama dengan hidupan liar terbabit.
- Adalah dinasihatkan PEMILIK dan PENJAGA atau PENGENDALI hidupan liar terbabit perlu hadir semasa penandaan bagi memudahkan proses “handling”.
- Pemeriksaan kesihatan dijalankan.
- pemeriksaan resit pembelian / lesen memburu&memungut
- pemeriksaan keseluruhan
- berat badan (sekiranya boleh dilakukan)
- pengesahan jantina(sekiranya boleh dilakukan).
- Penandaan
- bagi hidupan yang masih kecil penandaan tidak dilakukan tetapi sijil masih akan dikeluarkan
- bagi hidupan yang TELAH ditandakan pengesahan penandaan akan dilakukan sama ada membaca nombor microchip pada hidupan atau gelang.
- bagi hidupan yang BELUM ditandakan, penandaan akan dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
- Pihak Klinik Haiwan Lynn akan mengeluarkan sijil pengesahan penandaan yang akan digunakan oleh pemilik untuk memohon lesen dari Jabatan Perhilitan.
Sehubungan dengan itu sekiranya anda tinggal di sekitar SHAH ALAM dan ingin membuat penandaan hidupan liar anda sila hubungi kami di talian +60378461659 atau +60172395247, atau anda boleh terus whatsapp kami….
Klinik Haiwan Lynn hanya menyediakan penandaan berbentuk “microchip” sahaja. Oleh itu untuk penandaan hidupan liar yang menggunakan gelang seperti unggas sila rujuk senarai panel penandaan hidupan liar di bawah.