About Us

lvc

Klinik Haiwan Lynn merupakan sebuah klinik haiwan yang menawarkan perkhidmatan veterinar khususnya kepada haiwan kesayangan. Di sebabkan lokasinya di Shah Alam, secara tidak langsung Klinik Haiwan Lynn lebih memberi fokus kepada rawatan kucing.

Klinik Haiwan Lynn mula dibuka buat pertama kalinya kepada pelanggan pada hari Sabtu bersamaan 5hb Ogos 2006. Pelanggan pertama kami ialah Puan Noraini Abu Bakar. Satu majlis perasmian beserta bacaan doa selamat diadakan pada 12hb Ogos 2006, sebagai tanda Klinik Haiwan Lynn telah beroperasi sepenuhnya.

Klinik Haiwan Lynn berusaha dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan setempat. Walaupun perancangan asal hanya untuk menawarkan perkhidmatan veterinar, namun bagi memenuhi keperluan setempat kami mula menjual barang keperluan dan kelengkapan haiwan kesayangan.

Bermula dengan sebuah klinik yang hanya mempunyai kelengkapan asas, kini Klinik Haiwan Lynn mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan diagnosa dan rawatan. Selain pemeriksaan asas, dan pemeriksaan penyakit yang menggunakan “Test Kit”, kini kami juga menawarkan pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan darah secara menyeluruh.

Selepas hampir 5 tahun beroperasi, kini Klinik Haiwan Lynn mampu menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian untuk kucing anda. Rawatan pergigian dilakukan setiap hari Rabu. Dan terkini (2014) kami mula menawarkan perkhidmatan rawatan laser, serta pembedahan menggunakan laser.

Kekuatan kami untuk terus bertahan dan berkembang dalam menawarkan perkhidmatan veterinar kepada masyarakat setempat, adalah kepercayaan pelanggan kami terhadap servis yang diberikan. Innshaallah berkat kepercayaan serta doa dari anda semua kami terus memberikan perkhidmatan terbaik.

Leave a Reply